Saturday, May 12, 2018


TIPS BINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI?


TIDAK TAHU MACAM MANA INGIN BERMULA?

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI BAGI PENJAWAT AWAM

Kebanyakan antara kita sangat suka memilih sesuatu yang terbaik sebelum membelinya. Malangnya pada hari ini, harga rumah tersangat mahal dan kita tidak mampu untuk memilikinya lebih lebih lagi rumah yang berada di lokasi dekat dengan bandar.

Oleh yang demikian, ramai di antara penduduk Malaysia harini ingin menjimatkan bajet dengan memilih untuk membina mahligai mereka dengan cara tersendiri.

Banyak kelebihannya jika kita dapat membina rumah kita sendiri melalui idea idea terkini yang boleh di olahkan kepada pelukis pelan yang anda lantik. Untuk Detail (Sila Tekan) Untuk Proses Membuat Pelan Rumah.

Oleh yang demikian, kami akan kongsikan maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan bagi seseorang yang ingin membina rumah atas tanah sendiri atau istilah pinjaman LPPSA iaitu:
  • Pinjaman Jenis ke-2:  Membeli rumah diatas tanah sendiri.
  • Pinjaman Jenis ke-6:  Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan. (Sila Tekan) Untuk Dapatkan Detail

APA ITU LPPSA

LPPSA(Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) dahulu dikenali sebagai BPPP(Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

Jika belum mempunyai tanah, saudara boleh buat pinjaman beli tanah dan kemudian baru bina rumah. (Sila Tekan) Untuk Dapatkan Dokumen Yang di perlukan.

TUJUAN MELANTIK PEGUAM DAN KONTRAKTOR

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah melantik peguam dan kontraktor. (Sila Tekan) untuk mengetahui kenapa perlu ada peguam untuk menguruskan hal ehwal perumahan anda.

1. Peguam:                                                                 
  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

2. Kontraktor:                                                                                                              
  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.                                      
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

3. Jika nak jimat, lantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapatkan pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.

4. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA.
Jadual bayaran berperingkat (JADUAL G)
Bayaran Kemajuan (Progress Payment) perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian untuk pinjaman jenis 2 dan jenis 6.
Berikut adalah contoh jadual Bayaran Kemajuan Kepada Anda/pihak kontraktor yang anda lantik sekiranya anda telah mendapat surat daripada pihak LPPSA. (Sila Tekan) untuk mengetahui detail progress bayaran.

Contoh:
En Aiman adalah pegawai kerajaan dan setelah membuat semakan dengan pihak LPPSA, dengan baki gaji akhir En Aiman maka En Aiman layak untuk membuat pinjaman sebanyak RM 350,000.00 sahaja.
Untuk Mendapatkan Pengiraan Kelulusan yang detail, (sila tekan) link berikut. Semak Kelayakan Gaji anda.

Carta alir untuk membina rumah di atas tanah sendiri

1.     Pemohon perlu melantik kontraktor yang berdaftar dan peguam yang mahir berurusan dengan LPPSA.

Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak LPPSA. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak LPPSA, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan masalah timbul akibat tersalah memilih peguam dan kontraktor yang tidak pernah berurusan dengan LPPSA.


2.     Arkitek akan membuat pelan (rekabentuk) berdasarkan persetujuan permohonan dan kontraktor

Arkitek akan membuat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan (kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan LPPSA melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina).

3.     Pemohon kontraktor atau peguam perlu menghantar borang permohonan ke pejabat penilaian & LPPSA.

Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk, pemohon @ peguam @ kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online. Borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan bolehlah diserahkan kepada saya untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke LPPSA. Pemeriksaan ini penting untuk mengelak berlakunya masalah dalam permohonan yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan dalam kelulusan.


4.     Kontraktor kan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat kelulusan LPPSA. Lampiran ke (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari LPPSA, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.

Bagi anda yang nak senang, menjimatkan tenaga, masa dan duit, serahkan kepada yang pakar yang mempunyai lebih 6 tahun pengalaman dalam pembinaan rumah atas tanah sendiri. (Sila Tekan) link ini untuk mendapatkan konsultan percuma.




Saturday, May 5, 2018

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Seluruh Malaysia



ADAKAH ANDA INGIN BINA RUMAH IDAMAN?

MASIH TERCARI CARI SIAPA YANG LAYAK UNTUK BINA KEDIAMAN ANDA?

ADAKAH ANDA INGIN RUMAH IDAMAN ANDA NAMPAK KEMAS, CANTIK DAN BERKUALITI?




Adakah anda tahu?

80% rakyat Malaysia hari ini tidak tahu berkenaan proses bina rumah dari awal hingga akhir kerana semuanya di serahkan kepada kontraktor atau peguam yang telah di lantik.

Kenapa perlu tahu?

Hari ini, terdapat pelbagai skim yang menawarkan tawaran tawaran yang tidak masuk akal kepada orang seperti anda dan mereka senang untuk mendominasi anda kerana anda tidak tahu berkenaan proses bina rumah. Berbagai jenis yuran (fees) yang perlu anda bayar tanpa anda ketahui adakah logik cas (charge) yang akan di kenakan kepada anda.

Ramai orang macam anda melalui masalah di tipu pihak kontraktor kerana anda tidak ambil berat soal perjanjian dan juga dokumen yang wajib anda ketahui sebagai pembeli atau pelanggan. Selalunya pihak kontraktor banyak tidak menceritakan dan menjelaskan kepada pelanggan perkara yang harus anda ketahui. Jangan Mudah Tertipu.

Antara perkara yang selalu di hadapai oleh pelanggan adalah:-
1) Yuran untuk Pelan Rumah yang tidak masuk akal
2) Yuran peguam (lawyer fees) yang agak tinggi
3) Spesifikasi rumah binaan tidak seperti mana yang tertulis di dalam perjanjian.
4) Masalah kelewatan kerja dan tergendala di sebabkan oleh kurang pengalaman oleh kontraktor.

Apa yang perlu anda ambil berat adalah:-

"Pilihlah Kontraktor yang bertanggungjawab, berpengalaman dan paling penting boleh di percayai"

"Ramai yang sudah menggunakan khidmat kami kerana kami adalah syarikat yang berdaftar dengan CIDB dan pelanggan yang melantik kami menjadi kontraktor bina rumah mereka rata rata sangat berpuas hati dengan servis dan juga khidmat kami."

Rumah Banglo Moden Keluasan 1700 kps dengan 4 bilik dan 3 bilik air








Kami juga menyediakan perkhidmatan melukis pelan dan juga rupa bentuk (design) dalam 3D kepada anda yang ingin melihat hasil rumah sebelum sesebuah rumah ingin di dirikan:-

Rupa Bentuk 3D yang boleh di ubah mengikut citarasa pelanggan

Apa yang ANDA akan dapat sekiranya menggunakan KHIDMAT dan MELANTIK kami sebagai kontraktor bina rumah anda:-

1) Tidak perlu mengeluarkan duit sendiri kepada pihak peguam sekiranya anda bersetuju melantik kami sebagai kontraktor anda kerana kami akan MEMBAYARNYA bagi pihak anda.

2) Kami adalah PAKAR dalam BINA RUMAH dan telah melakukan pembinaan lebih 30 biji rumah dalam Setahun dan syarikat kami berprestasi tinggi.

3) Pelan yang di buat mengikut REKA BENTUK (DESIGN) anda sendiri dan pihak kami tidak akan cas (charge) anda dan semuanya adalah FREE. Pelukis Pelan kami akan mengikut segala kehendak anda sehingga anda BERPUAS HATI.

4) Jaminan kami adalah kerja yang di lakukan sangat berkualiti dan kami akan memberikan masa selama 1 bulan free warranty sekiranya berlaku apa apa kerosakan  dan pihak kami akan bertanggungjawab dan membaiki kerosakan dengan kadar segera.

5) Khidmat servis kami yang pantas dalam pengurusan loan anda dengan bank bank tempatan sekiranya anda bekerja swasta dan dengan LPPSA sekiranya anda bekerja kerajaan. Pelanggan akan senang berurusan dengan pihak kami kerana consultant kami akan memberikan khidmat servis percuma di atas setiap pertanyaan dan permasalahan anda.


Jadi APA anda TUNGGU lagi!!!!!!!

"Puan Rahimah amat berpuas hati dengan rumah yang sangat cantik yang telah kami sediakan kepada beliau dan paling penting harga yang mampu milik untuk beliau mempunyai sebuah rumah idaman iaitu banglo berkeluasan 1700 kaki persegi telah tercapai".


Lagi HEBAT anda akan di berikan dengan :-

1) Free Lawyer Fees
2) Free Plan Rumah
3) Free Consultation

Jangan Lepaskan Peluang HEBAT ini kerana kami akan sediakan anda rumah MENGIKUT BAJET ANDA. Khidmat kami adalah dalam memastikan impian anda tercapai dengan membina kediaman idaman anda mengikut citarasa anda dan bajet yang anda ada.

Lagi PANAS hari ini, sekiranya anda adalah pelanggan kami seterusnya maka anda LAYAK untuk mendapatkan HADIAH MISTERI dari pihak kami berjumlah RM 3000.00 (Ringgit Malaysia)

Hubungi kami untuk maklumat lanjut
Klik untuk whatsap ke hotline kami
Tekan Untuk Direct Whatapp
Atau Call Terus ke 017-9669884

Khidmat kami Seluruh Malaysia
Boleh layari ke website kami juga:-
 www.cleantechgroup.my/cdsb