Wednesday, September 19, 2018

ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA DI MEJA MAKAN
.................................................................................

Set Meja makan adalah antara perabot penting untuk setiap kediaman. Di sinilah tempat berkumpul semua ahli keluarga untuk makan, bercerita aktiviti harian dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
...
Seringkali semasa rumah sedang dibina, kita tidak sabar untuk mencari perabot baru bagi menghiasi kediaman baru itu nanti.

1) Saiz Meja Makan
Catat saiz ruang makan sebelum membeli. Beri sedikit ruang sekurang-kurangnya 1000mm untuk bukaan kerusi dan laluan selesa disekitar ruang makan. Kemudian carilah meja makan yang saiznya sesuai dengan baki ruang yang tinggal.

2) Bentuk Meja Makan
Untuk ruang makan kecil, pilih meja makan bulat. Ini dapat memberikan lebih ruang disekitarnya. Ruang juga akan nampak lebih selesa.

3) Pilihan Material
Pilihlah meja buatan kayu keras (hardwood) seperti mahogany, walnut, maple, oak atau jati. Ini sesuai untuk meja makan kerana ianya bersifat kukuh.

4) Konsep dan tema
Pemilihan konsep dan tema yang tepat mampu meningkatkan nilai estetika ruang makan. Bagi yang memilih konsep moden, klasik, minimalis, gaya Inggeris dan sebagainya, pastikan pemilihan meja makan juga sekata dengan pemilihan konsep yang dibuat.

5) Ruang Makan Dalam Dapur
Bagi ruang makan yang bersambung dengan ruang dapur, pilihan meja makan yang lebih kasua dicadangkan. Ini kerana kedua-duanya saling berkait dan sering digunakan.





















No comments:

Post a Comment